Mengenai halaman ini.
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia,
Rata-rata masyarakat kini hanya boleh bertutur dalam lebih kurang 3 bahasa walaupun negara kita mempunyai pelbagai kaum dan budaya. Kita juga digalakkan untuk mempelajari benda yang baharu.
Jadi, terfikir nak mempelajari bahasa baru?
Bahasa Kenyah adalah bahasa yang digunakan oleh kaum Kenyah di daerah Baram dan Belaga dan juga digunakan oleh kaum Kenyah di negara jiran kita iaitu Indonesia terutamanya di Kalimantan timur. Kaum kenyah juga turut dikategorikan sebagai Orang Ulu bersama-sama kaum lain seperti kaum Kayan, Penan, lun Bawang, Kelabit dan banyak lagi kaum yang lain.
Bahasa ini semakin kurang penuturnya oleh kerana perubahan zaman. Ramai masyarakat Kenyah terutamanya golongan remaja tidak berapa pandai bertutur dalam bahasa Kenyah kerana mereka lebih kerap bergaul menggunakan bahasa Melayu iaitu Bahasa Kebangsaan kita dan kebanyakkan daripada mereka menetap di bandar. Hanya apabila bergaul dengan keluarga atau rakan yang sama kaum ataupun apabila pulang ke kampung pada hari Gawai atau perayaan Krimas barulah bahasa Kenyah digunakan.
Bahasa Kenyah mempunyai beberapa variasi atau loghat disebabkan kaum Kenyah mempunyai beberapa sub-Kaum. Bahasa Kenyah yang akan digunakan dalam blog ini adalah Bahasa Kemyah sub-kaum Lepo' Aga'. Oleh itu, terdapat perbezaan sedikit antara bahasa Kenyah Lepo' Aga' ini dengan bahasa Kenyah dari Lepo' (Kampung) yang lain.
Lepo' Aga' merupakan sub-Kaum yang terdiri daripada lima kampung iaitu Kampung Long Jeeh, Kampung Long Silat, Kampung Long Selawan, Kampung Long Belaong dan Kampung Long Teran. Perkampungan kaum Kenyah biasanya terletak di tebing sungai, iaitu sungai Baram yang merupakan sungai kedua terbesar di Sarawak dan sungai ini juga dikenali sebagai Telang Usan.
Jadi, blog ini adalah semata-mata hanya untuk memberi sedikit sebanyak maklumat mengenai bahasa Kenyah. Diharapkan pembaca dapat mempelajari bahasa Kenyah melalui blog ini dan pembaca digalakkan memberi pandangan mengenai blog ini dan sekiranya ada pertanyaan atau permintaan jangan malu jangan segan bolehlah tinggalkan komen.
Sekian, terima kasih,
Admin.

Ulasan
Catat Ulasan